Friday, May 27, 2011

IA HANYA SIA-SIA SAJA kerana...

Bacalah dengan penuh penghayatan.

Semoga ianya memberikan sumber insprirasi kepada semua.

Ia hanya sia-sia saja !!!
  • Perbuatan yang kita lakukan menjadi sia-sia saja, kerana tak dilakukan dengan ikhlas.
  • Perjuangan yang kita lakukan menjadi sia-sia saja, kerana tak ada tujuan yang jelas.
  • Pengetahuan yang kita miliki menjadi sia-sia saja, kerana tak diamalkan.
  • Pengorbanan yang kita lakukan menjadi sia-sia saja, kerana mengharapkan pujian.
  • Marah yang kita luahkan menjadi sia-sia saja, kerana dilandasi emosi semata dan bukan rasional.
  • Cinta yang kita berikan menjadi sia-sia saja, kerana dilandasi nafsu syahwat semata.
  • Kekayaan yang kita dapat menjadi sia-sia saja, kerana ia hanya untuk kepentingan peribadi.
  • Kegagalan yang kita alami menjadi sia-sia saja, kerana itu menjadi alasan untuk kita berputus asa.
  • Musibah yang kita hadapi menjadi sia-sia saja, kerana ia tidak menjadikan kita semakin kuat.
  • Kejayaan yang kita kecapi menjadi sia-sia saja, kerana ia hanya membuatkan kita semakin sombong.
  • Anugerah yang kita terima menjadi sia-sia saja, kerana ia tidak disyukuri.
  • Pelajaran dan peringatan yang kita dengar atau baca menjadi sia-sia saja, kerana ia hanya menjadi rekreasi minda tanpa amalan.
    Sekarang, semuanya terpulang kepada anda.

    Mahu mensia-sia kan?

    Atau mahu memanfaatkan.

    Anda yang buat pilihan!

    By: Ustaz Nasir (Facebook)

    No comments:

    Post a Comment