Thursday, June 2, 2011

AMALAN BULAN REJAB

Di antara amalan-amalan yang digalakkan ke atas orang-orang Islam untuk mengerjakannya pada bulan Rejab ini ialah:- 

Pertama: Membaca Salawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Umat Islam memang digalakkan untuk membanyakkan membaca salawat pada bila-bila masa terutama pada ketika pahalanya dilipat gandakan di dalamnya seperti pada bulan Rejab kerana membaca salawat sangat besar pahalanya.
         Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam :
Ertinya:” Barangsiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali.  Dan barang siapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka.  Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid”. [Riwayat At-tabrani].
         Bayangkanlah betapa beruntungnya orang yang mendapat ucapan salawat dari Allah Subhanahu Wataala disebabkan ia bersalawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
          
Kedua:  Bertaubat 
Kita digalakkan untuk memperbanyakkan bertaubat pada bulan Rejab kerana bulan ini adalah bulan pengampunan.
        
Ketiga:  Berpuasa 
Kita Umat Islam digalakkan untuk banyak berpuasa  pada bulan Rejab.
         Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi.   Tafsirannya:  “Sesungguhnya didalam syurga itu terdapat sebuah sungai yang disebutkan sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, barangsiapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu”.
        
Keempat:  Berdoa 
Apabila berada di bulan Rejab, kita berharap agar sampai pula pada bulan Syaaban dan bulan Ramadhan.  Bulan Ramadhan bulan yang dinanti-nanti oleh setiap orang Islam yang sentiasa merindui pahala besar.
         Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam apabila masuk ke bulan Rejab baginda berdoa dengan doa berikut:  Maksudnya:  “Ya Allah! Berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Syaaban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.
         
Selain daripada itu banyak lagi ibadat-ibadat lain yang mempunyai banyak kelebihan untuk kita amalkan di bulan ini seperti bersedekah dan melakukan amal jariah yang lain.  Allah Subhanahu Wataala membukakan pintu rahmat seluas-luasnya bagi mengampunkan dosa-dosa hamba-hambanya yang bertaubat, setiap permohonan kita kepada Allah Subhanahu Wataala pasti akan mendapat balasan jua dan jika kita mempraktikkannya insya-Allah pasti kita akan memperolehi kejayaan dan kebahagian di dunia dan di akhirat.
         Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah At-Tahrim ayat 8: 
Tafsirannya:  “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan bertaubat nasuha mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai”.

No comments:

Post a Comment