Monday, June 13, 2011

PERKONGSIAN SUNNAH

Di bawah saya sertakan beberapa 'Perkongsian Sunnah' rutin yang sepatutnya kita amalkan bersama kerana ingin meniru perbuatan dan amalan RasuluLLAH saw memandangkan baginda adalah sebaik-baik contoh.

Semoga amalan sunnah menjadi bukti kita ingin menjadikan Rasulullah SAW qudwah dan uswah kita bersama.

Perkongsian Sunnah : Menyapu kesan tidur pada muka

“Maka Rasulullah SAW bangun (dari tidur), lalu duduk, seraya mengusap kesan tidur di wajahnya menggunakan tangannya”[HR Muslim]

 Perkongsian Sunnah : Istinsar (menghirup air ke hidung kemudian mengeluarkannya)

"Jika salah seorang dari kamu bangun tidur, hendaklah dia menghisap air (melalui hidung) tiga kali, kerana syaitan bermalam pada lubang hidungnya"[Muttafaqun'alaih]

 Perkongsian Sunnah : Memakai Pakaian

"Apabila kalian memakai pakaian, maka mulailah dengan bahagian kanan kalian"[HR at-Tirmidzi, Abu Daud & Ibnu Majah]

 Perkongsian Sunnah : Memakai Alas Kaki / Kasut / Selipar

"Jika salah seorang di antara kamu memakai alas kaki, hendaklah mendahulukan kaki kanan. Bila melepaskannya, hendaklah kaki kiri terlebih dahulu. Atau hendaklah ia mengenakan keduanya (sepasang) atau melepaskan keduanya (secara bersamaan)" [HR Muslim]

 Perkongsian Sunnah : Ayuh Ke Masjid & Dapatkan Saf Pertama

"Sekiranya orang-orang mengetahui keuntungan di balik seruan solat dan saf pertama, sementara mereka tidak mendapatkannya kecuali dengan melakukan undian, nescaya mereka akan (sanggup) melakukannya. Jika mereka mengetahui pahala bersegera untuk salat zohor, tentu mereka saling berlumba mengejarnya. Dan jika mereka mengetahui imbalan salat isyak dan subuh, nescaya mereka akan mendatanginya sekalipun harus merangkak" [Muttafaqun'alaih]

Perkongsian Sunnah : Sutrah

"Jika salah seorang di antara kamu solat, maka lakukanlah dengan menghadap sutrah (penghadang) dan dekatkanlah jaraknya, janganlah ia membiarkan seseorang lewat antara dia dengan penghadang tersebut"[HR Abu Daud, Ibnu Majah & Ibnu Khuzaimah]

Perkongsian Sunnah : Qiyamullail

"Puasa paling utama selepas puasa Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah, Muharram, dan solat paling utama selepas fardhu adalah solat malam"[HR Muslim]

Perkongsian Sunnah : Berikan Senyuman

"Janganlah kamu menganggap remeh kebaikan sekecil apapun walaupun hanya dengan muka berseri saat berjumpa dengan saudaramu.[HR Muslim]

Perkongsian Sunnah : Sebarkan Salam

Dari Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahwasanya ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: "Manakah amalan Islam yang terbaik?" Beliau menjawab: "Iaitu engkau memberikan makanan dan engkau mengucapkan salam kepada orang yang sudah engkau kenal dan orang yang belum engkau kenal." [Muttafaq 'alaih]

Perkongsian Sunnah : Makan & Minum, Tangan Kanan

"Sebutlah nama Allah (Bismillah), makanlah dengan tangan kanan dan makanlah makanan yang ada di dekatmu"[HR Muslim]

Perkongsian Sunnah : Duduk Minum

"Janganlah kamu minum sambil berdiri"[HR Muslim]

Perkongsian Sunnah : Berzikir Setiap Saat

Dari Aisyah ra : "Rasulullah SAW selalu berzikir kepada Allah setiap saat"[HR Muslim]

Perkongsian Sunnah : Khatamkan al-Quran Setiap Bulan

"Bacalah al-Quran dalam setiap bulan" [HR Abu Daud]

 ~ SELAMAT BERAMAL ~

By: Ustaz Nasir (Facebook)

No comments:

Post a Comment