Wednesday, June 1, 2011

AURAT WANITA

Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang!!!

Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendapat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih SETIAP DOSA SEMUA LELAKI YANG MEMANDANGNYA!

Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari.

Ia berdasarkan sabda Nabi SAW
من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً

Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya..” (Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih)

Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa.

Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang.

Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik?

Setelah gunungan dosa mengkaratkan hatinya?

Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih.

Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya.

Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ;

Yakinilah bahawa

Allah itu benar,

RasulNya juga benar,

Syurga dan Neraka juga benar.

Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya???

By: Ustaz Nasir (Facebook)


No comments:

Post a Comment