Wednesday, June 15, 2011

TAUBATNYA PENJAHAT BERKAT BACAAN SELAWAT

Seorang yang sangat zuhud bernama Syeikh Abdul Wahid bin Zaid berkisah sebagai berikut :

Seorang tetangga kami, bekerja sebagai pegawai negeri dan sangat jahat ketika hidupnya di dunia, dan melakukan maksiat dan suka menakut-nakut orang.

Pada suatu malam, saya melihat di dalam tidur bahwa tangan tetangga saya tersebut memegang tangan Rasulullah SAW.

Saya bertanya kepada Rasulullah SAW : “ Wahai Rasulullah, seseungguhnya orang ini sangat terkenal sebagai penjahat di muka Bumi, bagaimana ceritanya engkau sangat menaruh tanganmu memegang tangannya ? “

Rasulullah SAW bersabda : “ Saya mengetahui apa yang engkau katakan tersebut. Oleh karena itu, saya datang untuk memberikan SYAFAATku kepadanya. “

Kemudian saya bertanya kepada Rasulullah SAW : “ Wahai Rasul, apakah kelebihan tetangga kami itu, sehingga engkau memberikan syafaatnya ? “

Rasulullah SAW menjawab : “ Tetanggamu itu banyak membaca SELAWAT kepadaku. Pada tiap malam ketika dia hendak tidur, dia selalu membaca selawat 1000 kali ( seribu kali ), sehingga aku mohon kepada Allah SWT mudah-mudahan syafaatku ini diterima disisi-Nya, agar tetanggamu ini bertaubat kepada-Nya. “

Berkata Syeikh Abdul Wahid ( sahibul hikayat ) : “ di pagi hari saya mengajar di Masjid sebagaimana biasanya, tiba-tiba datang tetangga itu, disaat saya sedang menceritakan apa yang saya lihat di dalam tidur ( mimpi ), dia masuk dan mengucapkan salam sambil menangis, lalu dia berkata :

“ Wahai Syeikh Abdul Wahid, izinkanlah aku menjabat tanganmu, kerana Rasulullah SAW mengutusku kepadamu, agar aku bertaubat di hadapanmu, dan disaksikan oleh murid-muridmu di Masjid ini. “

Syeikh Abdul Wahid telah berjabat tangan dengan tetangganya yang telah menyesali segala perbuatannya selama hidupnya tersebut.

Ia berjanji tdk akan mengulanginya kembali perbuatan jahatnya tersebut. “ Subhanallah……

Setelah itu, Syeikh Abdul Wahid bertanga kpd tetangganya tsbt : “ Apakah yang menyebabkan engkau bertaubat, wahai saudaraku…? “

Tetangganya menjawab : “ Rasulullah SAW telah datang kepadaku didalam tidurku, dan beliau menceritakan kepadaku tentang tanya jawab yang antara engkau dengan beliau, kemudian Rasulullah saw memegang tanganku dan bersabda Yang Artinya: “ Aku datang kepadamu untuk memberikan syafaat Allah atas segala dosamu, adalah semata-mata karena engkau banyak membaca Selawat atasku. “

“ Setelah itu beliau bertitah kepadaku, agar di pagi hari aku datang kepadamu Wahai Syaikh….untuk mengumumkan kepada khalayak ramai bahwa aku telah bertaubat yang sebenar-benarnya…..”

Demikianlah keberkahan membaca Selawat atas Rasulullah SAW, ternyata tidak sia-sia bagi setiap lisan yang selalu di basahi dengan selawat.

Kisah diatas sebagai bukti nyata Syafaat Rasulullah SAW, bahwa pembacaan selawat dpt menggugurkan dosa-dosa yg pernah terlanjur dikerjakan oleh seseorang.

Sebagaimana diterangkan dalam Hadith yang artinya :

“ Diriwayatkan dari Abdu Bakar As Siddiq : Baginda bersabda, bahwa selawat kepada Nabi SAW lebih cepat menghapus dosa dari pada air dingin memadamkan api dan lebih utama dari pada memerdekakan hamba sahaya “ ( dari Kitab Bustanul Wa Idzin )

No comments:

Post a Comment