Wednesday, June 8, 2011

Wasiat IMAM SHAFIE

Sebelum Imam shafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut adalah kandungan wasiat tersebut :-

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara ".

  1. Hak Kepada Diri Sendiri Iaitu :  Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada;
  2. Hak Kepada Malaikat Maut Iaitu :  Mengqadha'kan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah;
  3. Hak Kepada Kubur Iaitu :  Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi;
  4. Hak Kepada Munkar Nankir Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati;
  5. Hak Kepada Mizan (Neraca Timbangan Amal Pada Hari Qiamat) Iaitu :  Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan;
  6. Hak Kepada Sirat (Titian Yang Merentangi Neraka Pada Hari Akhirat) Iaitu :  Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah;
  7. Hak Kepada Malik (Penjaga Neraka) Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu,bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak;
  8. Hak Kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga) Iaitu :  Berasa redha dengan Qada' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nik'mat Allah dan bertaubat daripada melakukan maksiat;
  9. Hak Kepada Nabi Muhammad SAW Iaitu :  Berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada As-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat dan saling bersaing dalam mencari keredhaan Allah;dan
  10. Hak Kepada Allah SWT Iaitu :  Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
By: Ustaz Nasir (Facebook)

No comments:

Post a Comment