Monday, June 13, 2011

CAHAYA

Hanya satu langkah sahaja
Sudah merubah segalanya
Bagai dalam mimpi
Namun ini realiti

Destinasi ini asing
Antara pasti dan mencari
Ini harga yang perlu dibayar
Sampai ku bertemu jalan keluar

Bila hujan sudah berlalu
Suria pasti datang lagi
Angin nyaman dan segar
Suara kanak-kanak bernyanyi lagi
Bagai syurga dunia

Saat itu kau bersama cahaya
Jangan lupa pada hujan
Yang pernah bersihkan kotoranmu
Yang mendendangkan lagu gelora
Dalam ketenangan

Panas juga suatu dugaan
Hadapilah dalam kesyukuran
Mandikan dunia dengan cahaya kebaikan
Beringat untuk bekalan esok dan hari kemudian

Mendung pasti datang lagi
Begitulah kitaran yang sempurna
Putaran hidup menduga iman
Siapa menang
Siapa kecundang

Ya Tuhan kami
Berilah kami kebaikan di dunia
Dan kebaikan di akhirat
Dan peliharalah kami dari siksa neraka
(Al-Baqarah: 201)

AnDinar
 

No comments:

Post a Comment